
Tema bagi blog ini ialah Mari Melancong. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah :
1. Mari menyanyi bersama SITI DAN CIKGU LIZA (lagu cuti-cuti Malaysia)
Lirik>Cuti-Cuti Malaysia
Malaysia yang ku puja
Di desa juga di kota
Mari nikmati semua .
Cuti-cuti Malaysia
Pohon-pohon melambai
Terkenang desa nan permai
Keluarga sahabat handai
Mari beramai-ramai
Cuti-cuti Malaysia (corus 1)
Jiran rakan sekerja
Murid-murid ikut semua
Cuti dalam negara
Cuti-cuti Malaysia
Cuti sihatkan diri
Meningkatkan produktiviti
Semua ada di sini
2. MARI DENGAR CIKGU FARIZA BERCERITA TENTANG "Siti Melawat Kuala Lumpur"
SITI MELAWAT KUALA LUMPUR
Pada cuti sekolah kali ini, Siti dan keluarganya yang terdiri daripada ayah, ibu dan abangnya telah melawat ke Kuala Lumpur. Ia adalah lawatan kali pertamanya ke ibu negara Malaysia itu. Kuala Lumpur adalah anatara bandar besar di Malaysia. Siti dan keluarganya bertolak dari Pulau Pinang dengan menaiki kereta Proton Waja kepunyaan mereka. Seawal pagi dari Geogtown menuju ke Kuala Lumpur mengambil masa 5 jam untuk sampai ke destinasi yang dituju. Siti sangat gembira dan tidak sabar untuk tiba di Kuala Lumpur yang menjadi bualan ramai mengenai tempat-tempt menarik yang boleh dikunjungi. Siti mahu melihat sendiri dan mengunjungi Dataran Merdeka yang menjadi saksi laungan “MERDEKA” buat petama kalinya di Malaysia. Siti juga mahu melihat sendiri menara yang paling tinggi di dunia iaitu Menara Berkembar Petronas taupun dikenali sebagai KLCC.
Setibanya di Kuala Lumpur Siti dan keluarganya menginap di Hotel Sri Malaysia yang terkenal dengan layanan penuh adab tradisi Melayu. Tempat pertama yang dikunjungi oleh Siti ialah menara Kuala Lumpur. Ia adalah bangunan ke empat tertinggi di dunia dan terletak di Bukit Nenas tidak jauh dari ibu kota utama.. Siti tidak melepaskan peluang untuk menaiki menara dan melihat pemandangan disekitar Kuala Lumpur dari ketinggian 421 m dan menikmati makan tengahari di restaurant berputarnya, sambil makan mata menikmati pemandangan diluar. Ia adalah satu pengalaman yang menarik bagi Siti.
Selepas itu , Siti dan keluarganya menuju ke Menara Berkembar Petronas untuk merasai sendiri berada di ketinggian tertinggi di dunia dan dapat melihat pemandangan diseluruh kawasan Kuala Lumpur dari jambatan yang menghubungkan kedua-dua bangunan tersebut. Sebelum itu Siti dan keluarganya perlu menaiki lif dan menuju ke jambatan tersebut.peluang sebegini tidak akan dapat dilupakan oleh siti.
Setelah puas melihat Kuala Lumpu dari kejauhan Siti dan keluarganya terus menuju ke dasar laut tanpa perlu menyelam iaitu di Aquaria KLCC. Ia adalah sebuah akuarium yang dibina bagi membolehkan pengunjung melihat semua hidupan laut dalam dan melihat para pekerja disitu memberikan makanan kepada hidupan laut seperti ikan jerung. Ia memberikan satu pengalaman yang berada didasar laut yang menjadi satu impian untuk Siti.
Dari atas awangan ke dasar laut, siti meneruskan kunjungannya ke Tugu Negara iaitu tempat yang merakamkan semangat perwira negaa mempertahankan negara. Siti dan keluarga sempat membacakan surah al- Fatihah kepada perwira yang gugur di medan perang semasa mempertahankan negara.
Bila tiba malam, siti dan keluarganya menjamu selera berdekatan dengan Dataran merdeka untuk melihat keindahan lampu-lampu kecil yang berwarna-warni di sepanjang kawasan Dataran yang berhampiran dengan Bangunan Sultan Abdul Samad. Dataran ini mempunyai sejarahnya sendiri apabila menjadi tempat untuk perta kalinya bendera Malaysia dinaikkan.
Siti dan keluarganya keletihan setelah puas melawat hampir keseluruh tempat menarik di Kuala Lumpur dan mereka pulang ke hotel penginapan mereka untuk berehat sebelum pulang ke rumah keesokannya. Walaupun penat mereka semua sangat gembira dan merasa sungguh bertuah kerana berada di Malaysia yang aman dan penuh dengan tempat menarik yang menjadi kebanggan rakyatnya.
Siti dan keluarganya keletihan setelah puas melawat hampir keseluruh tempat menarik di Kuala Lumpur dan mereka pulang ke hotel penginapan mereka untuk berehat sebelum pulang ke rumah keesokannya. Walaupun penat mereka semua sangat gembira dan merasa sungguh bertuah kerana berada di Malaysia yang aman dan penuh dengan tempat menarik yang menjadi kebanggan rakyatnya.
3. Gembira mendengar cerita dengan cikgu Fariza. Akhir sekali mari kita berpantun bersama Cikgu Rozi...
Dari Perlis hingga ke Sabah,
14 Negeri dalam negara,
Negara Malaysia sangatlah indah,
Mari bercuti bersama keluarga.
Dataran merdeka tempat bersejarah,
Tugu Negara kebangaan semua,
Cuti di Malaysia terasa meriah,
Hati gembira riang sentiasa.
HARAP SEMUANYA AKAN SUKA MELAWAT KE TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA YANG TERCINTA - DISEDIAKAN OLEH ROZIATUN, FAREZZA, LIZA.

